Jumat, 16 Mei 2008

Guru Masa Kini

Apa dah jadi.... Apa dah jadi.....? Banyak berita-berita di dada akhbar mahupun media massa yang lain menceritakan tentang peranan guru yang tiada ternilai dan tidak kurangnya mengisahkan keburukan guru yang bertindak di luar batasan dan norma seorang pendidik. Di mana Khilafnya dan apakah sebabnya. Ummi saya sendiri seorang guru selalu berceritakan tentang akhlak anak-anak masa kini yang pantang ditegur, rosak, manja dan semakin menjadi-jadi. Berbeda pada zaman dahulu kala, apabila anak-anak diantar ke sekolah, ibu bapa memberikan kewenangan sepenuhnya kepada guru terhadap anak-anak mereka asalkan masih wajar dan tidak keterlaluan. Tidak heranlahlah ramai anak-anak yang 'menjadi' pada waktu itu dan hampir tidak kedengaran guru-guru yang mendatangkan masalah. Saling kepercayaan antara guru dan ibubapa menjadi proses pendidikan di sekolah berjalan dengan sempurna. Bedanya hari ini, pelajar-pelajar yang nakal di sekolah pantang ditegur, pantang dirotan, pasti campur tangan ibubapa akan mengeruhkan lagi suasana walhal ternyata teguran guru adalah disebabkan oleh sikap anak-anak mereka. Tidak heranlah kalau dewasa ini sering kedengaran ibubapa melaporkan tindakan guru guru, pelajar sekolah melaporkan tindakan guru dan pelajar-pelajar memukul guru. Tidak dapat dipungkiri ada guru-guru yang kadang-kadang bertindak di luar batasan, sehingga peristiwa beberapa hari yang lalu di Harian Metro di mana guru membanting kursi ke dinding karena tidak tahan dengan kedegilan pelajar-pelajarnya? Salah siapakah sebenarnya, guru atau pelajar itu sendiri. Wallahu a'lam. Pada saya guru umpama ibubapa kita. Setiap teguran mereka ada alasannya tersendiri. Andai kata ada guru-guru muda sekarang yang tidak menghayati arti perjuangan seorang guru, maka tidak mustahil dikatakan bahawa ia juga mungkin dididik oleh guru sedemikian dan kurang penghayatan terhadap perjuangannya sebagai guru. Wallahu a'lam. Semestinya guru adalah insan yang perlu kita hormati sebagaimana kita menghormati ibu bapa kita.

2 komentar:

lendo_pCing mengatakan...

ayooo pak Kep-Sek,, yang semangat!!!....

lendo_pCing mengatakan...

biar lebih menarik Blognya harus ditambahkan foto-foto kegiatan sekolah maupun Alumni yang telah lulus....
Jadi Blognya gak terlalu JADUL!!!!